Sunday, April 10, 2011

White Water Rafting at Padas River~


RAFTING! Di Sungai Padas... memang best~ :)
kami memulakan perjalanan dari tempat kediaman kami dengan menaiki bas seawal jam 6.30 pagi...





inilah suasana setibanya kami di stesen kereta api, Beaufort… perjalanan dari town KK menuju ke Beaufort memakan masa lebih kurang 2 jam menaiki bas… untuk menuju ke tempat rafting, kami perlu menaiki kereta api~

...menunggu kereta api tiba



….perjalanan untuk menuju ke lokasi rafting memakan masa selama lebih kurang 30 minit… gerabak kereta api yang kami naiki agak klasik…. Hehe…
Namun, ia adalah pengalaman yang sungguh mencabar di mana landasan kereta api ini dibina di atas struktur muka bumi yg bengkang bengkok, turun naik bukit, cerun dan juram… sungguh mencabar! J

...dalam grabak kereta api dan selamat tiba di lokasi....

….setibanya kami di pit stop, sudah pun tengah hari…
Agent yang mengendalikan kami rupa-rupanya telah pun menyediakan hidangan tengah hari yang sungguh menyelerakan….
Setelah selesai menjamu makanan tengah hari, kami pun diberi taklimat ringkas …
Taklimat tersebut berkisar tentang cara mengendali, cara-cara menjaga keselamatan ketika berada dalam keadaan yang mencemaskan…. 
-Pit stop-

…..selesai taklimat, kami pun di bawa ke tebing sungai yang sungguh deras! Seram pun ada bila melihat keadaan arus air yang sungguuh ganas…
Selesai memasang jaket keselamatan,topi keselamatan, kami pun melangkah masuk ke dalam bot… dalam bot memuatkan 7 orang termasuk pengemudi yang terlatih…. Pada awal perjalanan kami, arus air sungguh ganas… namun… setelah 5 minit berkayuh, arus air semakin deras… keadan sungai yang tidak rata dan ‘mini waterfall’ menyebabkan keadaan sungai menjadi lebih ganas…



Ini adalah di antara kenangan-kenangan kami ketika ber-rafting di white water ini~

Sampai sahaja ke garis penamat (di Pit Stop), kami pun terus mmenuju ke tebing dan bergotong-royong mengangkat rakit kami ke lokasi asal nya~ pengalaman ini sungguh menyeronok kan walaupun ia nya agak merbahaya~




Setelah selesai berkemas, kami pun berangkat pulang… untuk balik ke pangkalan, kami menaiki gerabak kereta api yg kami naiki untuk tiba tadi… yang pasti, semua peserta rakit sudah pun keletihan… dan saya dapati, semua pelancong dari dalam mahupun luar Negara berasa sangat puas hati dgn pengalaman kami pada hari tersebut…. J




1 comment:

  1. noni pn pandai rafting ka jg???? syok kn rafting ^^..... mcm mo g lagi ni....

    mn kmu g rafting????

    ReplyDelete